TEHRAN – Stesen televisyen pemerintah Iran hari ini mengesahkan kematian pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei, tanpa merujuk kepada serangan besar-besaran Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas kediaman beliau.
Seorang penyampai televisyen mengumumkan kematian Khamenei pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) ketika saluran itu menyiarkan imej arkib dengan sepanduk hitam sebagai tanda berkabung.
Dalam ucapan yang penuh tangisan,penyampai tersebut berkata, Iran akan memasuki tempoh 40 hari berkabung.
Pengumuman itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump berkata, Khamenei telah dibunuh oleh serangan AS-Israel di seluruh Iran.
Sumber perisikan dan sumber tentera memberitahu saluran berita CBS News bahawa kira-kira 40 pegawai Iran terbunuh dalam serangan itu, termasuk Khamenei.
Khamenei, 86, menjadi pemimpin tertinggi Iran sejak 1989. – AFP














