fbpx
Foto dari agensi berita AP yang dikongsi Perdana Menteri sebentar tadi.

Israel heret Asia Barat ke ambang malapetaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan serangan Israel terhadap Iran yang disusuli tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) sebagai perkembangan berbahaya yang membawa Asia Barat ke ambang malapetaka.

Menurut beliau, tindakan Israel melancarkan serangan tersebut merupakan cubaan yang amat dikesali untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung selain mengheret negara lain ke dalam konflik yang berpotensi sukar dibendung.

“Tindakan ini boleh mencetuskan krisis yang lebih besar dan menggugat kestabilan serantau,” katanya dalam satu kenyataan.

Anwar menegaskan bahawa gencatan senjata segera dan tanpa syarat adalah amat mustahak bagi mengelakkan keadaan terus meruncing.

Beliau turut menggesa Amerika Syarikat dan Iran supaya memilih laluan diplomasi sebagai jalan keluar terbaik berbanding meningkatkan lagi ketegangan.

“Komuniti antarabangsa perlu bertindak dengan segera dan tanpa amalan dwi-standard dalam menangani konflik ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di Iran dan di seluruh rantau berkenaan.

“Saya akan terus berhubung dengan rakan serantau bagi menyelaras langkah-langkah seterusnya,” katanya.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI