fbpx

Ramai istighfar tengok fesyen terlampau Ameera Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial sensasi yang juga adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan menjadi bualan hangat dalam media sosial apabila menggayakan pakaian mencolok mata di sebuah acara fesyen di Milan, Itali.

Menerusi foto yang dimuat naik Ameera, dia dilihat memakai baju berona merah, berseluar pendek persis pakaian dalam dan skirt renda berwarna hitam.

Penampilan berani adik ipar kepada pendakwa selebriti, Haris Ismail itu mengejutkan banyak pihak apatah lagi memperagakan busana sebegitu pada bulan Ramadan.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai respons termasuk memuji kecantikannya namun tidak kurang juga mengecam kerana dikatakan tidak menghormati Ramadan.

Netizen turut memetik nama Neelofa agar memberi nasihat kepada Ameera supaya tidak melanggar hukum agama.

“Sekurang-kurangnya hormatlah bulan Ramadan, memalukan.

“Astaghfirullah, nampak pelik dan menyedihkan baju dia pakai.

“Semakin berani tapi sekarang bulan Ramadan. Neelofa, tak tegur ke adik awak?” komen netizen.

Bukan kali pertama dikecam, sebelum ini Ameera kerap menjadi bahan bualan ramai apabila tampil dengan busana seksi dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN