RAUB – Tidak sampai 24 jam kejadian kebakaran mengorbankan lima sekeluarga, seorang lelaki warga emas pula maut dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kedai motosikal di Taman Bukit Koman di sini malam semalam.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Datuk Mohd Razam Taja Ibrahim berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 7.39 malam mendapati terdapat seorang lelaki terperangkap dalam kebakaran.
“Kebakaran menyebabkan kedai motosikal berkenaan musnah 100 peratus.
“Kebakaran turut memusnahkan lima buah motosikal dan sebuah.kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV).”katanya di sini hari ini.
Menurutnya pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 7.46 malam
membuat pemadaman menggunakan dua aliran hos air tangki pam jentera bomba.
Katanya, api berjaya dikawal pada pukul 7.58 malam.- KOSMO! ONLINE














