NILAI – Tindakan terhadap pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang didakwa menghina Islam akan ditentukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengikut peraturan selepas siasatan pihak berkuasa selesai.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kementerian tidak akan berkompromi dalam isu melibatkan penghinaan terhadap agama dan pihak universiti berkenaan telah diarahkan supaya mengambil langkah segera.
“Tindakan seperti ini tidak beradab, menghina agama lain apatah lagi melibatkan al-Quran,” katanya pada Program Kembara Ramadan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan seorang penuntut lelaki berusia 21 tahun direman empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan kes memijak al-Quran. – KOSMO! ONLINE














