fbpx
Laluan ke final saingan UCL musim ini. - Infografik ihsan UEFA

UCL: Real Madrid-Man. City ‘bertemu’ lagi, PSG uji Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NYON – Juara 15 kali, Real Madrid sekali lagi diundi menentang Manchester City dalam peringkat kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada sesi undian pusingan 16 terbaik yang berlangsung sebentar tadi.

Kedua-dua kuasa besar itu sering bertemu di pentas kalah mati, dengan skuad The Galacticos menyingkirkan The Citizens pada tiga daripada empat pertemuan terakhir.

Sementara itu, juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG) berpeluang membalas dendam apabila bakal berdepan Chelsea dalam aksi ulangan final Piala Dunia Kelab 2025 yang dimenangi oleh The Blues.

Sementara itu, Barcelona akan menentang Newcastle United manakala Arsenal meraih undian mudah apabila bakal bertemu kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.

Perlawanan pertama pusingan 16 terbaik dijadual berlangsung pada 10–11 Mac, disusuli aksi kedua pada 17–18 Mac depan. – AGENSI

UNDIAN PENUH

PSG lwn Chelsea
Galatasaray lwn Liverpool
Real Madrid lwn Manchester City
Atalanta lwn Bayern Munich
Newcastle United lwn Barcelona
Atletico Madrid lwn Tottenham Hotspur
Bodo/Glimt lwn Sporting CP
Bayer Leverkusen lwn Arsenal

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN