fbpx
Tangkap layar video menunjukkan wanita-wanita itu mengetuk periuk untuk mengejut penduduk bersahur. - TikTok

Wanita ketuk periuk, pasang lagu kejut sahur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sekumpulan wanita di Indonesia dirakam mengetuk peralatan dapur dan memasang lagu yang kuat untuk mengejut penduduk tempatan bersahur, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dikongsi di platform TikTok oleh akaun @nuggetgoreng13 menunjukkan wanita-wanita itu berarak mengelilingi kawasan kampung.

Selain membawa pembesar suara, ada antara mereka yang mengetuk periuk dan penutup kuali.

Tradisi mengejut  untuk bersahur sering dibuat dalam bulan Ramadan di beberapa wilayah di Indonesia.

Rakaman itu mencatatkan lebih 218,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Boleh saya sertai? Macam kurang anggota,” kata seorang netizen.

“Wanita-wanita kejut sahur, si suami masak di rumah,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN