fbpx
Tangkap layar video menunjukkan orang ramai memenuhi Mahkamah Agama Surabaya untuk proses perceraian. - TikTok

Ramai bercerai menjelang Hari Raya Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Beratus-beratus penduduk memenuhi sebuah mahkamah syariah di Indonesia untuk menjalani proses perceraian semasa bulan Ramadan, lapor portal berita Lambe Turah

Kejadian berlaku di Mahkamah Agama Surabaya, wilayah Jawa Timur, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @zakariawanda_lawyer menunjukkan orang ramai sedang menunggu giliran untuk perbicaraan.

Perakam yang juga seorang peguam berkata, hampir setiap ruang dan bilik bicara dipenuhi pasangan suami isteri yang sedang menjalani proses perceraian.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.5 juta tontonan. Sebilangan pengguna media sosial terkejut dengan kadar perceraian yang tinggi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kebanyakan mereka warga emas, kenapa bercerai,” kata seorang netizen.

“Putus harapan saya untuk berkahwin selepas tonton video ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN