fbpx
Shamsul Ahmad

Shamsul dilantik Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif baharu TNB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan pelantikan Datuk Ir. Ts. Shamsul Ahmad sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif baharu, berkuat kuasa 1 Mac ini.

Beliau menggantikan Datuk Ir. Megat Jalaluddin Megat Hassan yang menamatkan tempoh
perkhidmatannya pada 28 Februari 2026 selepas berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua
Pegawai Eksekutif sejak Mac 2024.

Shamsul pada masa kini memegang jawatan Chief Regulatory and Stakeholder
Management Officer di TNB, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam membentuk
landskap regulatori industri dan memperkukuh keyakinan pihak berkepentingan bagi
menyokong aspirasi jangka panjang TNB.

Berpengalaman lebih 37 tahun di TNB, beliau membawa pengalaman kepimpinan yang luas merangkumi pelbagai portfolio.

Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan TNB Fuel Sdn. Bhd. dan pernah juga
menerajui TNB Janamanjung Sdn. Bhd. selama sedekad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Lembaga Pengarah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Megat Jalaluddin atas kepimpinan dan sumbangan beliau dalam memperkukuh kecemerlangan operasi, daya tahan kewangan serta penciptaan nilai jangka panjang Syarikat.

Di bawah kepimpinan beliau, TNB memperkukuh asas terasnya dan mempercepat agenda Peralihan Tenaga bagi menyokong aspirasi Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Lembaga Pengarah mengucapkan tahniah kepada Shamsul atas pelantikan ini dan yakin bahawa pengetahuan institusi yang mendalam, kepakaran regulatori serta pengalaman operasi beliau akan memastikan kesinambungan kepimpinan, memacu transformasi dan terus memperkukuh peranan TNB sebagai peneraju tenaga nasional serta penyedia utama penyelesaian tenaga mampan di peringkat domestik dan antarabangsa,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI