fbpx
NORA Danish mengakui berusaha sehabis baik untuk menjadikan solatnya satu amalan yang bukan sekadar menjalankan kewajipan kepada suruhan Allah sebaliknya satu ruang komunikasi dengan Pemilik Semesta.

‘Saya tidak mahu ibadah terasa seperti satu tugasan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Konsisten dengan perkongsian bermanfaat, pelakon Nora Danish mengakui sedang berusaha memperbaiki diri sepanjang Ramadan dengan memberi fokus terhadap kualiti ibadah, khususnya solat agar dilakukan dengan lebih tenang dan penuh penghayatan.

Ujar Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, 44, antara perubahan kecil yang ingin dilakukan ialah tidak lagi tergesa-gesa ketika menunaikan solat sehingga menghilangkan rasa khusyuk.

“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini? Bagi saya, saya cuba untuk memperlahankan diri dan tidak tergesa-gesa ketika solat.

“Saya tidak mahu ibadah itu terasa seperti satu tugasan semata-mata,” kongsinya dalam Threads.

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian netizen yang tersentuh dengan kejujuran pelakon Puteri itu dalam memperbaiki hubungan dengan Tuhan.

Rata-rata mereka menyifatkan luahan tersebut sangat dekat dengan realiti kehidupan umat Islam masa kini.

“Perkongsian jujur macam ini buat saya rasa tak keseorangan. Memang ramai bergelut nak kekal khusyuk,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ramadan memang masa terbaik untuk perbaiki diri sedikit demi sedikit. Semoga kita semua dipermudahkan,” komen seorang netizen.

“Terima kasih sebab ingatkan perkara penting ini. Kadang-kadang kita solat tapi hati di tempat lain,” ujar seorang pengikut.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat perubahan sebenar memerlukan usaha berterusan dan bukan hanya azam bermusim. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN