fbpx
KESEMUA jenazah dibawa ke Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat untuk disolatkan.

Ratusan hadir beri penghormatan jenazah lima sekeluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

RAUB -Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Kampung Pamah Kulat di sini selamat tiba di pekarangan Masjid Tengku Abdullah, Kampung Pamah Kulat kira-kira pukul 10.20 malam tadi.

Kesemua mangsa dibawa menaiki lima buah van jenazah dari Unit Forensik Hospital Raub ke masjid berkenaan untuk disembahyangkan.

Sebelum itu kesemua mangsa telah menjalani proses bedah siasat di Unit Forensik Hospital Raub dan selesai kira-kira pukul 9.45 malam.

Ratusan ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai serta penduduk kampung hadir bagi memberi penghormatan terakhir.

Selesai solat jenazah kesemua mangsa dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor, Kampung Pamah Kulat disini kira – kira pukul 10.45 malam untuk dikebumikan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI