fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh @RCSA di laman TikTok.

[VIDEO] Penjaga gol pura-pura cedera, beri laluan pemain Muslim berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan penjaga gol kelab Perancis, Antony Lopes, yang dikatakan berpura-pura mengalami kecederaan ketika perlawanan berlangsung tular di media sosial kerana didakwa memberi ruang kepada rakan sepasukannya berbuka puasa.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di platform TikTok oleh @RCSA pemain FC Nantes itu dilihat terbaring di atas padang sambil memegang bahagian kaki sebelum didatangi oleh pengadil perlawanan untuk memeriksa keadannya.

“Antony Lopes memberi laluan kepada pemain Nantes yang lain untuk berbuka puasa di bulan Ramadan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan permainan dihentikan seketika, sekali gus memberi peluang kepada beberapa pemain Muslim menikmati minuman sejurus masuk waktu maghrib.- KOSMO! ONLINE

@mecchilloriginel Anthony Lopes permet à ses coéquipiers de rompre le jeûne en plein mois du ramadan ☝🏼 #fcnantes #hac #ligue1 ♬ son original – RCSA 💙

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN