fbpx
Tiga OKS diiringi penguat kuasa SWCorp untuk membayar denda selepas selesai prosiding di Mahkamah Sesyen Kangar, hari ini.

Buang puntung rokok, guru antara dituduh di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Tiga individu termasuk seorang guru masing-masing didenda RM1, 000 dan diarah menjalani perintah khidmat masyarakat oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuang puntung rokok di tempat awam, Januari lalu.

Mereka ialah Ahmad Nasri Mohamad Yusof, 47, yang merupakan seorang guru; penjawat awam, Idzham Husin, 43, dan pemandu jengkaut, Putra Che Ani, 59.

Kesemua orang kena saman (OKS) dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.

Sharifah turut memerintahkan mereka dihukum penjara selama enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Mereka membayar jumlah denda dikenakan.

Bagi perintah khidmat masyarakat, mereka diperintah menjalaninya selama lapan jam dalam tempoh enam bulan bermula hari ini.

Jika gagal melaksanakan khidmat masyarakat, mereka boleh dikenakan denda tambahan RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal bayar.

Mengikut pertuduhan, Ahmad Nasri didakwa membuang puntung rokok di atas jalan tar sekitar Jeti Kuala Perlis kira-kira pukul 4.40 petang, 2 Januari lalu .

Idzham pula didakwa membuang puntung rokok di tepi ‘feeder pillar’ Jabatan Kerja Raya di Dataran Sena Indah, Kangar kira-kira pukul 12.13 tengah malam, 1 Januari lalu.

Sementara itu, Putra dituduh membuang puntung rokok ke dalam longkang di hadapan sebuah bank di Kangar pada pukul 4.11 petang, 15 Januari lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI