fbpx
Tangkap layar kejadian polis mengejar kenderaan suspek di Jalan Taman Bukit Indah, malam tadi.

[VIDEO] Dua lelaki lari 40km miliki dadah, alat pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Cubaan dua lelaki meloloskan diri daripada pemeriksaan polis gagal dalam kejadian di Jalan Taman Bukit Indah, di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, suspek yang memandu kereta jenis Volkswagen Passat berjaya diberkas selepas dikejar polis sejauh kira-kira 40 kilometer di sekitar Lebuh Raya Serendah-Rawang (Bypass) menghala Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada unit peronda (MPV) memaklumkan sedang mengejar kenderaan suspek.

“Unit MPV bertindak membuat hebahan kepada semua petugas supaya memberi bantuan dan laporan polis dibuat untuk makluman pertama kejadian.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek melarikan diri dari pemeriksaan polis kerana membawa dadah dan peralatan pecah rumah,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, Khairul Anuar berkata, kedua-dua suspek direman selama empat sehingga 29 Februari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dengan lari daripada pemeriksaan polis.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana memiliki peralatan pecah rumah,” ujarnya.

Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan aksi kenderaan polis mengejar suspek di kawasan perumahan Bukit Indah, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI