fbpx
Gambar hiasan

Malaysia kecam sebarang bentuk pencerobohan negara lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan pendirian tegas dan konsisten dalam memperjuangkan prinsip keamanan serta mengecam sebarang bentuk pencerobohan dan keganasan oleh mana-mana negara.

Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata, dasar luar Malaysia berteraskan prinsip berkecuali, keamanan dan kesejahteraan sejagat tanpa memihak kepada mana-mana kuasa.

“Pendirian Malaysia memang konsisten. Prinsip kita mahukan kedamaian dan keamanan. Jika mana-mana negara melakukan pencerobohan, peperangan dan keganasan, kita akan mengutuk.

“Kita tak kira siapa kerana kita mengamalkan dasar berkecuali, dasar keamanan dan dasar kesejahteraan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Chen (PH-Subang) berhubung pendirian Malaysia sekiranya berlaku peperangan antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) sama berkecuali atau mengikuti pendirian negara majoriti

Dalam pada itu, Mohamad turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk tindakan agresif termasuk keganasan terhadap kemanusiaan dan genosid.

“Sesiapa sahaja yang mengamalkan dasar agresion ataupun melakukan keganasan terhadap kemanusiaan, melakukan genosid atas apa jua alasan, kita akan membuat kutukan dan mengecam tindakan tersebut,” katanya.

Menurut beliau, perbuatan tersebut membawa kemudaratan dan kemusnahan kepada kemanusiaan serta negara-negara yang diserang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI