PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-46 hari ini.
Anwar menerusi Facebook turut memuat naik nukilan khas untuk Dr. Wan Azizah serta gambar sewaktu mereka masih muda serta foto terkini.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-46 buat Azizah, cinta hati yang setia mendampingi dalam setiap suka dan duka.
“Terima kasih atas kasih sayang, pengorbanan dan doa yang tidak pernah putus.
“Semoga Allah SWT terus memelihara dan memberkati perjalanan hidup kita,” katanya pada hantaran berkenaan hari ini. – KOSMO! ONLINE














