fbpx
Gambar Hiasan. AFP

Rakyat Malaysia `degil-degil’, masih ada pergi ke Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan melahirkan kekesalan terhadap sikap segelintir rakyat Malaysia yang masih pergi ke Iran walaupun kerajaan telah mengeluarkan nasihat perjalanan supaya tidak ke negara tersebut.

Menurut beliau, keberadaan mereka di sana boleh menyusahkan ramai pihak kerana sebarang kemungkinan boleh berlaku di negara tersebut berikutan konflik yang sedang tercetus antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini.

“Saya nak minta rakyat Malaysia janganlah pergi sana. Kita dah keluar dua kali nasihat perjalanan supaya tidak ke sana jika tidak ada apa-apa yang penting.

“Tapi Malaysia… rakyat dia `degil-degil’, ada juga yang baru-baru ini pergi sana. Dalam keadaan sekarang apa jua kemungkinan akan berlaku dan jika apa-apa berlaku menyusahkan kita.

“Tahun lepas apabila AS mengebom loji nuclear Iran, kita terpaksa membuat evakuasi. Mereka (rakyat Malaysia) terpaksa melalui jalan darat lebih 1,200 kilometer daripada Tehran ke Ashkhabad, Turkmenistan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) adakah kerajaan akan melaksanakan pelan pemindahan kecemasan warga Malaysia yang berada di Iran dan negara terlibat sekiranya konflik bersenjata tercetus. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN