fbpx
Mohamad.

13 rakyat Malaysia di Iran enggan pulang tandatangani surat indemniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seramai 13 rakyat Malaysia di Iran yang enggan pulang ke tanah air telah menandatangani surat indemniti iaitu kerajaan Malaysia tidak akan dipersalahkan sekiranya perkara tidak diingini terhadap mereka.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan sebelum ini telah meminta semua rakyat Malaysia di Iran pulang ke tanah air berikutan kebimbangan konflik bersenjata mungkin tercetus antara Iran dan Amerika Syarikat (AS)

“Rakyat kita di Iran tak ramai, (tetapi) ada 13 orang termasuk dua, tiga pelajar telah pun dua, tiga kali kita bagi nasihat, tak nak balik. Masih lagi berada di Iran.

“Kita telah minta mereka menandatangani surat indemniti bahawa mereka tidak boleh menyalahkan kerajaan, kerana kita nak bawa balik tapi mereka tak mahu balik di atas keredaan mereka sendiri,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) adakah kerajaan akan melaksanakan pelan pemindahan kecemasan untuk warga Malaysia yang berada di Iran dan negara terlibat sekiranya konflik bersenjata tercetus.

Mohamad berkata, Malaysia tidak perlu membuat pelan pemindahan kecemasan kerana kerajaan telah membuat perancangan awal dengan memanggil semua rakyat Malaysia di Iran pulang ke tanah air.

Menurut beliau, pegawai kedutaan Malaysia di negara tersebut bersama ahli keluarga mereka juga telah dibawa pulang ke Malaysia pada 18 Januari dan 12 Februari lalu.

“Kita tak panggil pelan evakuasi, kita guna perkataan iaitu memanggil pulang untuk kita berunding dengan kakitangan kedutaan kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN