fbpx
SUSPEK diiringi pegawai SPRM selepas diperintah untuk ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

Pengetua sekolah agama direman kes minta, terima rasuah RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang pengetua sekolah agama direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran berkaitan pembekalan makanan untuk pelajar, dua tahun lalu.

Perintah reman sehingga 1 Mac itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Uthman Abd. Ghani terhadap suspek yang berusia 40-an bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, menurut sumber suspek telah ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Melaka.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 secara tunai daripada seorang pemilik syarikat sebagai balasan meluluskan tuntutan bayaran berkaitan pembekalan makanan bermasak.

“Suspek dipercayai telah mengarahkan syarikat terbabit untuk membekal makanan bermasak bagi pelajar-pelajar isntitusi berkenaan tetapi pembekalan itu dibuat tidak sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka, Datuk Adi Supian Shafie ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN