fbpx
RASHIDULLAH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan membunuh isteri dan menyebabkan kematian anak dalam kandungan. Foto oleh MASTURAH SURADI

‘Ini hukuman Malaysia, kalau Tuhan hukum apa-apa saya terima’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – Seorang tukang gunting menangis teresak-esak ketika didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh isteri dan menyebabkan kematian bayi dalam kandungan yang cukup sifat pada 13 Februari lalu.

Tertuduh, Rashidullah Mong Fumiyah, 35, merupakan warga Myanmar mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap isterinya, Fazanah Eskar, 34, pada awal pagi di sebuah rumah di Jalan Haji Mustafa, Kampung Makam di sini.

Lelaki itu didakwa membunuh isterinya dengan cara menghentak bahagian kepala Fazanah menggunakan lesung batu. Selain itu, warga asing itu turut menyebabkan kematian anak dalam kandungan yang telah cukup sifat milik.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 316 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Ketika ditanya sama ada tertuduh mengaku bersalah atau tidak, Rashidullah tidak memberikan sebarang pengakuan, namun meminta maaf dan memohon supaya hukuman dikurangkan sambil menangis.

“Saya minta maaf. Saya orang Islam, tetapi ini hukuman Malaysia. Kalau Tuhan hukum, apa-apa saya terima,” katanya.

Berikutan tiada sebarang pengakuan walaupun ditanya jurubahasa dan majistret sebanyak beberapa kali, mahkamah menetapkan 18 Mac ini untuk lantikan jurubahasa Myanmar supaya tertuduh memahami pertuduhan sebelum membuat sebarang pengakuan.

Timbalan Pendakwa Raya, Eizlan Azhar memohon tiada jaminan diberikan terhadap tertuduh atas kedua-dua pertuduhan tersebut. Rashidullah tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN