fbpx
REMY mempersoal tindakan individu berkenaan (kanan) yang mempertikai rezeki diraih penggiat anak seni.

‘Sejarah hitam apa, sampai anda benci kami sebegini?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktor Datuk Remy Ishak menyelar tindakan pempengaruh media sosial dikenali sebagai Tareq Fit yang didakwa mempertikai sumber rezeki penggiat seni tidak halal susulan tidak menjaga batas dengan pelakon bukan mahram.

Menurut Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, dia sebelum ini tidak pernah melalui pengalaman dihina mahu pun dikecam rakan seindustri mengenai hasil kerja masing-masing.

“Sudah lebih 20 tahun saya berada dalam industri persembahan dan hiburan, tidak pernah saya melihat walau sekali pun rakan sesama aliran seni menghukum, mencaci, mengherdik dan menghina sesiapa saja yang telah datang kepada kami.

“Pernah juga yang bukan peminat datang untuk bergambar, malah kami layankan juga dengan senyuman,” katanya dalam platform Threads hari ini.

Dia juga tidak menolak kemungkinan individu berkenaan membenci industri seni susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini terhadap beberapa anak seni lain.

“Tapi sejarah hitam apakah yang menghantui hidup sehingga anda membenci golongan industri seni kreatif ini?

“Ada ahli keluarga anda yang kena tikam dengan kami ke? Cuba kongsi sebabnya,” ujarnya.

Remy berkata demikian bagi mengulas tindakan individu berkenaan yang menegur rakan seperjuangan, aktor, Kamal Adli dengan mempersoal sumber rezeki tidak halal kerana berlakon dan tidak menjaga aurat dengan pelakon wanita dalam Threads semalam.

“Aku nak tanya bro, berlakon dengan wanita dan tidak jaga aurat, halal ke?” soalnya.

Namun, perkara tersebut dibalas baik oleh Kamal yang memberitahu perkara tersebut lebih layak disuarakan oleh golongan agamawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI