fbpx
Gambar yang dimuat naik pengguna tersebut memaparkan kehadiran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Puteri Jihan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, malam kelmarin.

‘Tak sangka dapat tarawih dengan Tengku Ampuan, Puteri Pahang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka berpeluang menunaikan solat tarawih betul-betul di belakang saf Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Puteri Jihan ketika berada di Masjid Tengku Ampuan Afzan, malam kelmarin.

Menerusi perkongsian @Masterhananumairah di Thread, detik itu menjadi lebih istimewa apabila beliau berdepan situasi mencemaskan apabila anaknya tiba-tiba mengalami serangan asma ketika jemaah sedang bersolat.

Katanya, ketika itu anaknya mundar-mandir di bahagian hadapan saf wanita sambil memberi isyarat meminta ‘inhaler’ (penyedut asma).
“Saya dah cuak, dalam hati fikir macam mana nak pass ‘inhaler’ ni. Sekali Tunku Azizah dan Puteri Jihan pusing belakang dan hulurkan tangan sambil berkata ‘meh saya tolong ‘pass’ kan’,” cerita wanita itu.

Turut dimuat naik gambar memaparkan lokasi wanita itu yang betul-betul berada di belakang saf Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Puteri Jihan yang mengenakan telekung berwarna putih.

Tindakan spontan itu bukan sahaja memudahkan urusan, malah mencerminkan sifat rendah diri dan keprihatinan Baginda terhadap rakyat tanpa mengira kedudukan.

Wanita tersebut menyifatkan pengalaman itu sebagai rezeki yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya sepanjang lapan tahun berhijrah di Kuantan.

Perkongsian berkenaan turut mengundang rasa kagum dalam kalangan orang ramai dan ada juga yang berkongsikan pengalaman yang sama bertemu dengan Kerabat Diraja berkenaan di sekitar Pahang.

“Saya pun ada semalam, dapat tangkap gambar dari jauh ke lepas habis solat, duk terfikirlah siapa agaknya bertuah dapat solat kawasan Tunku Azizah tu ye. Now jumpa dah ‘pov’ jemaah dari belakang,” komen Amierakhan.

“Tengku Ampuan Pahang makan ayam gepuk dekat kafe Universiti Islam Antarabangsa,” komen Najiyzainuddin sambil memuat naik gambar Tengku Ampuan Pahang sedang menyantap hidangan.

“Tapi betul Tunku Azizah dan Tengku Puteri Jihan sangat lah peramah dan lemah lembut. Sangat bangga jadi anak jati Pahang sebab ada Sultan Tengku Permaisuri yang penyayang dan berjiwa rakyat,” komen Qisizwni pula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN