fbpx
Mahkamah Majistret Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Peniaga bazar Ramadan jual makanan pakai selipar didenda RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU TERENGGANU – Gara-gara tidak memakai kasut dan hanya berselipar sewaktu mengendalikan makanan di tapak jualan, seorang peniaga bazar Ramadan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Berang, di sini hari ini.

Majistret Nur Athirah Hashim memerintahkan demikian selepas Shahrul Iskandar Shamsulyuzi, 24, selaku orang kena saman (OKS) membuat pengakuan bersalah atas kesalahan tersebut.

Mengikut pertuduhan, Shahrul Iskandar didakwa tidak memakai kasut ketika mengendalikan makanan di gerainya di Bazar Ramadan Kuala Ping, di sini pada pukul 4.45 petang, 5 Mac 2025. Oleh itu dia dituduh mengikut Peraturan 32(1)(b) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Shamsulyuzi Abdul Latiff Teo, 47, turut didenda RM2,000 atas kesalahan menjual ‘baby nanas’ yang mengandungi bahan pemanis tanpa zat tidak dibenarkan.

OKS didakwa menjual baby nanas yang mengandungi siklamat sebanyak 255 miligram per kilogram (mg/kg) hasil analisis makmal.

Kesalahan itu dilakukan di gerai colek Shamsulyuzi di Bazar Ramadan Kuala Berang pada pukul 4.45 petang, 19 Mac 2025. Pendakwaan dibuat mengikut Peraturan 133(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN