fbpx
Tangkap layar video TikTok BBP Sungai Buloh memaparkan seekor burung yang tersangkut pada tiang lampu.

[VIDEO] ‘Burung ni mesti microsleep’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Seekor burung tersangkut pada tiang lampu sekali gus memerlukan anggota bomba untuk menyelamatkan haiwan itu, dalam kejadian di Sungai Buloh, Selangor semalam.

Menerusi video dimuat naik Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh pada TikTok, kelihatan burung berkenaan cuba untuk melepaskan diri dengan mengibas sayapnya selepas tersangkut pada bahagian besi lampu jalan.

“Kisah hari Isnin yang panas, khidmat khas burung tersangkut di tiang lampu,” menurut kapsyen ringkas pada video TikTok tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai terhadap hantaran tersebut.

“Masalahnya sekarang ni, siapa yang rajin sangat pergi buat laporan,” ujar @Ieyra mieyra.

“Burung ni mesti ‘microsleep’. Maklum lah, bulan puasa kan, penat,” komen @The Zhariff’s mama.

“Mungkin ni burung yang ada dekat logo Tottenham Hotspur, kecewa kalah dengan Arsenal,” kata @Encik Fikri. – KOSMO! ONLINE

@bbpsungaibuloh Kisah hari Isnin yang panas🔥Khidmat khas Burung tersangkut di tiang lampu🐦23.02.2026 #bombamalaysiaofficial #fyp #celorengbomba #foryourpage ♬ original sound – BBP SUNGAI BULOH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN