fbpx
Mangsa duduk di dalam biliknya yang digeledah pencuri. - Tribunnews

Wanita rugi RM10,600, rumah dimasuki pencuri ketika tarawih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang penduduk di Gresik, wilayah Jawa Tengah terkejut apabila mendapati rumahnya digeledah pencuri ketika dia baru pulang dari menunaikan solat tarawih, lapor laman berita IDN Times hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, emas dan wang tunai berjumlah 45.8 juta rupiah (RM10,590) lesap dilarikan pencuri.

Menurut Ketua Polis Kedamean, Inspektor Ekwan Hudin, mangsa mengetahui kecurian itu sejurus pulang ke rumahnya sekitar pukul 8 malam (waktu tempatan) selepas menunaikan solat tarawih di masjid.

“Setibanya di rumah, mangsa melihat pagar berada dalam keadaan terbuka.

“Ketika memeriksa bahagian dalam, mangsa mendapati pintu bilik tengah dalam keadaan terbuka, manakala barangan dalam bilik berselerak,” kata Ekwan.

Suspek disyaki menyasarkan sebuah kabinet mengandungi barang berharga. Beberapa barang kemas termasuk rantai leher, cincin, gelang dan anting-anting bernilai 25 juta rupiah (RM5,800) yang disimpan di dalam kabinet, dilaporkan hilang.

“Selain emas, wang tunai sebanyak 20.8 juta rupiah (RM4,800) juga hilang,” tambah Ekwan.

Mangsa telah melaporkan kes tersebut kepada polis dan siasatang sedang dijalankan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN