fbpx
Seramai 21 PATI ditahan di kawasan tempat tempat letak kereta di belakang sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN IMIGRESEN

Baru sampai Malaysia, dah kena berkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seramai 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar termasuk seorang tekong darat diberkas di kawasan tempat letak kereta belakang sebuah hotel dalam Ops Serkap di Wakaf Che Yeh di sini semalam.

Kesemua PATI termasuk 12 wanita berusia 17 hingga 40 tahun itu ditahan dalam enam buah kenderaan sebaik memasuki negara ini secara haram melalui jalan laut.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan, Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Rahman berkata, operasi pada pukul 7.05 pagi itu dijalankan 11 pegawai Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan selepas melakukan risikan di lokasi tersebut.

Katanya, pihaknya mengesan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Serena dan tiga buah kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Proton X90, Honda HR-V, Perodua Aruz yang digunakan untuk mengangkut kesemua PATI tersebut.

“Pegawai operasi membuat halangan di laluan masuk dan keluar tempat letak kenderaan. Beberapa PATI dan pemandu kenderaan cuba meloloskan diri, namun mereka berjaya ditahan.

“Kesemua mereka termasuk seorang tekong darat berusia 31 tahun ditahan. Warga asing tersebut mengaku baru memasuki Malaysia secara haram menggunakan jalan laut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nik Akhtarulhaq berkata, pegawai kemudian melakukan pemeriksaan di dalam hotel itu sebelum menahan lima lelaki Myanmar berusia 25 hingga 36 tahun.

Hasil soal siasat, kelima-lima lelaki tersebut mengaku sedang menunggu ejen bagi membawa mereka menyeberangi sempadan untuk pulang ke negara asal.

“Dua lelaki warga China berusia 32 tahun turut ditahan ketika bersembunyi di dalam timbunan kotak di bumbung hotel tersebut,” ujarnya.

Kesemua PATI itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala tekong darat warga Myanmar disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN