fbpx
Gambar sup berkenaan yang dikongsikan @Nor Afzan Mohd Rukon di media sosial, semalam.

‘Sup nasi ayam dah rupa air suam, apa nak jadi bazar sekarang ni…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Macam air suam saja. Tak ada daun bawang, daun sup. Apa dah jadi bazar sekarang ni?”

Itu antara keluhan pengunjung yang kecewa dengan sikap segelintir peniaga bazar Ramadan yang mengabaikan aspek kualiti dalam penyediaan makanan mereka.

Menerusi perkongsian @Nor Afzan Mohd. Rukon, dia membeli nasi ayam di sebuah bazar Ramadan di Sungai Petani, Kedah, namun sup yang diterima kelihatan terlalu jernih seperti air kosong.

“Kuah sup nasi ayam di bazar SP (Sungai Petani),” tulisnya ringkas berserta gambar sup yang dibungkus dalam plastik kecil semalam.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir peniaga bazar Ramadan yang didakwa hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

“Sesetengah peniaga mengambil kesempatan di bulan puasa (untuk) mengaut keuntungan,” dakwa @Asma Wati Talib.

“Boleh bela ikan pelaga sup,” balas Md Noor.

“Kenapa buat begitu? Kasihan pelanggan yang tak sempat masak, tak rasa bersalah ke orang yang menjual?,” soal netizen lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN