fbpx
Donald Trump - AFP

Berang keputusan Mahkamah Agung, Trump naikkan tarif 15 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tarif global sebanyak 15 peratus ketika beliau terus membantah keputusan Mahkamah Agung yang membatalkan cukai importnya sebelum ini, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Trump kelmarin berkata, beliau akan menggantikan tarif yang dimansuhkan oleh mahkamah dengan levi 10 peratus ke atas semua barangan yang masuk ke AS.

Namun semalam, beliau mengumumkan di platform Truth Social bahawa ia akan ditingkatkan kepada nilai maksimum yang dibenarkan di bawah undang-undang perdagangan yang tidak pernah digunakan.

Undang-undang tersebut membenarkan tarif baharu itu kekal selama kira-kira lima bulan sebelum pentadbiran mesti mendapatkan kelulusan kongres.

Tarif 10 peratus dijadualkan berkuat kuasa pada 24 Februari ini. Namun, tidak jelas sama ada peningkatan 15 peratus itu juga akan dikenakan bermula pada masa itu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN