fbpx
Dr. Dzulkefly menyantuni peniaga pada program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di Kuala Selangor. - Foto oleh AFIQ RAZALI

Kompaun premis jual makanan basi Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

 

KUALA SELANGOR – Pemilik premis perniagaan yang didapati menjual makanan basi sepanjang Ramadan ini bakal berdepan tindakan kompaun mengikut Akta Makanan 1983.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, rekod Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (Sispaa) bagaimanapun hanya mencatatkan satu kes berkaitan kebersihan setakat ini.

“Betul kita tidak dapat rasa (makanan) namun masih ada deria untuk melihat dan makanan itu. Memang ada beberapa masakan yang agak terdedah atau berisiko tinggi (mudah basi). Kita harap penyedia makanan mesti bertanggungjawab dengan makanan yang dijual,” katanya pada sidang akhbar program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan di sini, lewat petang tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan orang ramai meluahkan kemarahan terhadap segelintir penjual bazar Ramadan yang didakwa tidak prihatin terhadap kualiti makanan dijual, bahkan sudah berbau sehingga ‘terputus’ selera untuk menikmati juadah berkenaan.

Mengulas lanjut, kata Dr. Dzulkefly, Akta Makanan 1983 memperuntukkan kompaun kepada premis yang melanggari peraturan itu, manakala amaran bagi peniaga premis bermusim atau kecil-kecilan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN