fbpx
MOHAMED KHALED.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Bersatu rapuh, tak perjuang nasib rakyat asyik berebut jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Perpecahan dalaman yang sedang dialami Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ketika ini membuktikan parti itu ditubuhkan atas dasar perebutan kuasa dan bukan perjuangan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan parti itu rapuh untuk masyarakat Melayu bergantung dalam memperjuangkan nasib dan cabaran dihadapi mereka.

“Apa yang berlaku dalam Bersatu menggambarkan keadaan sebenar parti berkenaan, saya percaya ia hanyalah berkisar merebut jawatan dan bukan kepentingan rakyat, jadi dia rapuh.

“Kita tahu bagaimana Bersatu terbentuk, dan daripada sebuah parti baharu mungkin menyebabkan perpecahan lagi masyarakat Melayu. Ya keadaan itu juga berlaku kepada UMNO tetapi UMNO sebuah parti lama, bukan baharu seperti Bersatu,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Program Back To School Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini hari ini.

Tambah Menteri Pertahanan itu, pihaknya mengalu-alukan mana-mana individu termasuklah yang telah meninggalkan UMNO untuk kembali kepada parti tersebut.

“Saya galakkan sekiranya ada permohonan untuk mereka kembali menyertai UMNO, kembalilah kepada UMNO. Saya harap kita dalam bersama dalam satu wadah kerana jika kita terus berpecah ia tidak menguntungkan Melayu.

“Pada masa sama saya juga harap tiada mana-mana pihak menubuhkan lagi parti politik Melayu baharu,” ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi tersebut turut mengakui kini merupakan waktu terbaik pilihan raya diadakan susulan perpecahan dihadapi Bersatu turut menjejaskan imej dan kestabilan Perikatan Nasional (PN).

“Kalau dilihat memang ini waktu terbaik, tetapi banyak faktor lain yang perlu diambil kira. Apa pun keputusan itu hanya boleh dibuat pucuk pimpinan tertinggi,” katanya lanjut.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI