fbpx
LIVERPOOL tewas pada aksi sebelum ini berdepan Forest dan bersedia untuk melunaskan misi membalas dendam malam ini. - AFP

EPL: Misi Liverpool balas dendam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Pengurus Liverpool, Arne Slot waspada dengan perubahan yang bakal dilakukan oleh pengurus baharu Nottingham Forest ketika ketika kedua-dua pasukan akan buat perhitungan di City Ground, malam ini.

Bagaimanapun, Slot merasakan anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan apa juga cabaran dan bertuah kerana memiliki satu peluang untuk menilai kualiti Nottingham Forest pada aksi Liga Europa bertemu Fenerbahce, kelmarin.

“Pada November lalu mereka berada di bawah pengurus berbeza (Sean Dyche) dan saya rasa pertemuan itu adalah perlawanan ketiga atau keempatnya bersama pasukan itu.

“Untuk kali ini kami hanya ada satu perlawanan untuk melihat adakah pengurus baharu mereka melakukan perubahan. Namun, ia tetap bagus kerana kami ada satu perlawanan untuk melihat mereka bermain,” katanya.

Forest kini dibawah kendalian Vítor Pereira dan pengurus dari Portugal itu berjaya lulus pada ujian pertama apabila menang selesa 3-0 ke atas Fenerbahce.

Berdasarkan pertemuan di Anfield November lalu, The Reds menerima kejutan apabila Forest berjaya meraih kemenangan selesa 3-0

“Jadi, sekarang kami tahu apa yang boleh dijangkakan daripada Forest kerana saya sudah pun menentang mereka tiga kali sejak bersama Liverpool,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN