DALAM dunia automotif yang semakin rancak menuju elektrifikasi, Volvo Car Malaysia (VCM) tidak sekadar mengikut arus, sebaliknya tampil memperkukuh kedudukan dengan pelancaran sedan elektrik premium pertama, Volvo ES90. Volvo melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan ES90 yang menandakan era baharu bagi kenderaan elektrik (EV) berteknologi tinggi dan termaju dengan reka bentuk Skandinavia yang elegan. Ditawarkan pada harga bermula RM339,888, model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Shah Alam, Selangor ini menjadi simbol transformasi Volvo dalam menggabungkan kemewahan sedan premium dengan teknologi……














