PETALING JAYA – Taktik scammer kini semakin licik apabila mereka menyasarkan pengguna skim ‘Beli Sekarang Bayar Kemudian’ (BNPL) sebelum memperdaya mangsa sehingga mengalami kerugian belasan ribu ringgit. Sindiket terbabit dikesan menghubungi mangsa melalui panggilan telefon atau WhatsApp sebelum menyamar sebagai pegawai syarikat e-dagang. Mereka mendakwa mangsa kononnya terpilih menerima baucar eksklusif atau hadiah lumayan susulan pembelian bernilai tinggi yang dibuat di platform e-dagang. Tanpa disedari, mangsa yang teruja mengklik pautan diberikan sebelum menyedari hutang skim BNPL bertambah apabila wang itu…














