MESKI menikmati kemasyhuran luar biasa sebagai penghibur antarabangsa, Madonna mengakui kehidupan hariannya tidak jauh berbeza dengan ibu lain.
Ibu kepada enam anak itu mendedahkan pernah menempah kereta di bawah aplikasi e-hailing untuk menghantar anaknya ke latihan bola sepak.
Akuinya yang kini menetap di London, walaupun baru kali kedua menggunakan perkhidmatan Uber, dia tidak berasa canggung sebaliknya menyifatkan pengangkutan tersebut banyak membantu ketika kecemasan.
Difahamkan, dua puterinya, Stella dan Estere, 13, menyertai pasukan remaja wanita Tottenham Hotspur.
Sejak bercinta dengan pemain bola sepak kelahiran Jamaica, Akeem Morris, 29, penyanyi berusia 67 tahun itu dilihat lebih banyak meluangkan masa di padang bola.
Kehadiran lelaki muda itu dalam keluarganya turut mempengaruhi minat Stella dan Estere untuk meneroka sukan bola sepak.














