SETIAP kali tiba bulan puasa, memang ramai yang mengharapkan banyak konten positif seperti tazkirah dan keindahan Ramadan.
Namun, setiap kali tiba bulan puasa jugalah pasti akan tular video paling ikonik iaitu ‘Farah, dah pukul 7 ke belum?’ dan ‘Marhaban tiba’ yang kedua-duanya milik Sherry Alhadad.
Dua frasa parodi ikonik tersebut pasti tular dan sering diulang menjadi bahan gurauan netizen setiap kali tiba waktu berbuka puasa.
“Selain Bell Ngasri jadi ikon tak puasa, Sherry jadi ikon nak buka puasa. Video ‘Farah dah pukul 7 atau belum’ itu memang ‘legend’.
“Walaupun lirik ‘marhaban tiba’ itu salah, tetap menjadi siulan ramai, lawak!” komen netizen.














