fbpx
Lima hero Bollywood termasuk Sanjay Kapoor yang tidak bernasib baik di pentas perfileman Bollywood.

Terkena ‘sial’, 5 hero susah cari makan di Bollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLLYWOOD merupakan antara industri perfileman terbesar di dunia. Biarpun industri berkenaan menerbitkan ribuan filem setiap tahun, namun tidak semua pelakon di Bollywood mencapai status ‘superstar’. 

Selama beberapa dekad industri Bollywood dimonopoli oleh hero popular seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Aamir Khan, Hrithik Roshan dan Akshay Kumar. 

Bollywood juga terkenal dengan amalan nepotisme iaitu hanya golongan yang mempunyai pertalian darah dengan pemain industri sahaja diberi laluan mudah membintangi filem Bollywood. 

Minggu ini HibGlam menyenaraikan lima hero Bollywood yang ‘flop’ dan kurang menjadi. Bukan tidak dikenali, namun kurang menyerlah sebagai peledak Box-Office.

  • Uday Chopra 

Biarpun lahir dalam keluarga penerbit dan pengarah filem terbesar di Bollywood iaitu Yash Chopra, namun perkara itu tidak memberi jaminan untuk Uday berjaya sebagai hero filem. 

Memulakan debut menerusi filem Mohabbatein pada tahun 2000, kerjaya Uday lebih menyerlah sebagai pelakon pembantu. 

Biarpun dia membintangi filem pecah panggung seperti francais filem Dhoom, namun dia bukanlah watak utama. 

Kesemua filem lakonannya sebagai hero gagal di pawagam. Kini dia tidak lagi aktif sebagai pelakon.

  • Zayed Khan 

Memiliki wajah tampan bukan jaminan untuk Zayed mendaki puncak populariti seperti barisan aktor kacak yang lain. 

Pernah meledak menerusi filem Main Hoon Na pada 2004, kesemua filem lakonan Zayed gagal mendapat tempat di hati peminat selepas itu. 

Selepas beberapa siri kegagalan, Zayed akhirnya membuat keputusan meninggalkan Bollywood  pada 2015. 

Namun dua tahun kemudian, Zayed kembali dengan siri televisyen berjudul Haasil.

 

  • Mithun Chakraborty

HERO Disco Dancer, Mithun Chakraborty memegang rekod sebagai hero yang mempunyai bilangan filem gagal paling banyak iaitu 180 karya.

Malah filem lakonannya pernah gagal berturut-turut sebanyak 33 kali.  Namun anehnya, biarpun sering kecundang, dia terus menerus mendapat tawaran sebagai hero. 

  • Sanjay Kapoor 

Nasib adik kepada Anil Kapoor ini tidak bernasib baik seperti abangnya dalam industri perfileman Bollywood. 

Selain lambat memulakan debut sebagai pelakon, filem-filem yang dibintangi Sanjay juga gagal mendapat tempat di hati peminat. 

Dia juga pernah menolak beberapa filem hebat antaranya Tere Naam pada 2003 yang akhirnya mendapat kutipan pecah panggung.  Perbandingan dengan abangnya juga membuatkan kariernya sukar berkembang kerana Anil Kapoor merupakan pelakon yang berjaya di Bollywood. 

 

  • Chandrachur Singh 

Pernah membintangi  filem popular Dil Kya Kare, Kya Kehna dan Josh pada 2000, Chandrachur Singh cuma menyerlah sebagai pelakon pembantu. 

Tuah tidak berpihak kepadanya apabila semua fiem yang menyaksikannya menggalas watak hero gagal di pawagam.

Bahkan kecederaan pada bahagian bahu  yang dialami pada 2002 menyebabkan dia kehilangan banyak tawaran dek berat badan naik mendadak. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN