fbpx
Tangkap layar video terbabit memaparkan seorang penunggang motosikal terbabas selepas tergelincir ketika melalui atas sambungan jalan tersebut.

[VIDEO] Ramai rupanya ‘rider’ jadi mangsa sambung jalan di MRR2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan sambungan jalan (expansion joint) di atas laluan jalan raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) didakwa licin dan berbahaya sehingga mengundang kemalangan kepada penunggang motosikal lain.

Menerusi video tular di muat naik di akaun Thread @Mirzamot_, seorang penunggang yang melalui atas sambungan jalan itu, tergelincir sebelum terjatuh menyebabkan motosikalnya terbabas ke sisi laluan.

Kejadian itu dirakam oleh kamera papan pemuka (dashcam) seorang pemandu kereta yang menyaksikan kejadian tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke bazar Ramadan.

“Siapalah yang cipta longkang (expansion joint) atas jalan raya gini memang licin betul kalau hujan biasa sekali pun. Semoga rider baik-baik sahaja dan cepat sembuh. Nasib sempat elak jugak,” tulisnya.

Kelihatan di dalam video tersebut, sambungan jalan itu diletakkan di sepanjang laluan kanan di lokasi tersebut.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai khususnya penunggang motosikal meluahkan kebimbangan terhadap ciri jalan berkenaan dan meminta pihak berkuasa berkaitan melakukan pemeriksaan serta penambahbaikan segera bagi mengelakkan kejadian berulang.

Ada juga yang mendakwa struktur sambungan itu sepatutnya mempunyai kemasan atau permukaan anti-gelincir, selain memastikan ia tidak menjadi perangkap air terutama ketika hujan.

“Ni dekat Gombak. Depan tu ada lagi, ramai dah jatuh. Kalau dah biasa mmg akan elak alur tu,” komen Nazir.

“Saya tahu jalan ni. Memang bahaya lalu atas alur tu. Besi tu memang licin dari dulu lagi. Hampir jatuh masa 2011. Kalau saya lalu jalan ni mesti saya elak lalu atas besi tu. Kalau boleh pemandu semua elak jangan lalu atas besi tu termasuk kenderaan lain. Hati hati ye semua,” komen Rusdi.

“‘Extension joint’ jenis melintang ok lagi, ni yang menegak ni memang bahaya. Entah macam mana lah boleh lulus pasang kat jalan,” komen Mori.

“Sini paling bahaya hujan sebab permukaan tu licin kalau orang dah biasa lalu situ tak akan jejak tayar dia kat besi ni licin,” komen Mie.

Sehingga kini, keadaan penunggang motosikal terbabit belum dapat dipastikan, namun orang ramai mendoakan mangsa segera sembuh dan berada dalam keadaan selamat.- KOSMO! ONLINE

 

View on Threads

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN