fbpx
LOKASI lima sekeluarga ditemukan dibunuh di Taman Damai Indah, Cherating

Keluarga mangsa bunuh rayu jangan buat andaian, kita bukan dalam kasut mereka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ahli keluarga mangsa pembunuhan tragis di Cherating, Kuantan, Pahang merayu pengguna media sosial supaya menurunkan hantaran yang disifatkan boleh mengganggu privasi dan aib mereka.

Wanita yang menggunakan nama n.zahidah7 di aplikasi Threads berkata, langkah itu dibuat bagi mengelakkan orang ramai tidak membuat andaian dan spekulasi sendiri berkaitan kes yang menimpa lima sekeluarga pada Selasa lalu.

“Saya adalah kakak kepada tragedi lima beranak. Saya berharap dan merayu agar warga Threads turunkan posting (hantaran) yang boleh mengganggu privasi dan aib keluarga kami.

“Jangan buat andaian sebab kita bukan di dalam kasut mereka,” tulis wanita itu.

Menurutnya, hanya mereka yang mengetahui tentang kejadian yang menimpa lima sekeluarga terdiri daripada suspek bersama isteri, dua anak perempuan serta ibunya.

Wanita itu turut memohon orang ramai supaya mendoakan mereka yang terkorban dalam kejadian berdarah tersebut.

“Hanya mereka sahaja yang tahu kenapa tragedi ini berlaku. Mohon sedekahkan al-Fatihah untuk arwah,” katanya.

Wanita itu juga memohon masyarakat mendoakannya agar sentiasa kuat untuk menjalani ujian demi ujian.

“Hanya kepada Allah saya berserah diri,” ujarnya.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi kelmarin, lima sekeluarga ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Perumahan Cerating Damai.

Siasatan awal mendapati suspek iaitu lelaki berusia 32 tahun dipercayai menikam isteri, ibu dan dua anak perempuannya sebelum menikam diri sendiri.

Mayat suspek bersama isteri dan dua anaknya ditemukan di dalam bilik, manakala ibunya pula dijumpai dalam keadaan tidak bernyawa di bahagian dapur.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN