JAKARTA – Seorang lelaki di Palembang, wilayah Sumatera Selatan terkejut apabila menemukan wang kertas berjumlah 1.2 juta rupiah (RM277) bertaburan di tengah jalan, lapor portal berita Tribunnews.
Penemuan itu dibuat di hadapan Bangunan Dekranasda, dekat kawasan Jakabaring kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @palembangnews1 menunjukkan lelaki terbabit menyerahkan wang kertas itu kepada pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Palembang.
Lelaki itu menyerahkan 10 keping wang kertas bernominasi 1 juta rupiah (RM231) dan empat keping 50,000 rupiah (RM12) dengan jumlah keseluruhan mencecah 1.2 juta rupiah (RM277).
Menurut lelaki itu, wang tersebut ditemui dalam keadaan berlipat dan bertaburan di jalan raya.
“Sesiapa yang kehilangan wang boleh datang ke pejabat kami untuk mengambil wang tersebut,” kata polis. – AGENSI














