fbpx
Dua wanita itu melalui jalan yang baru diturap sehingga meninggalkan kesan kasut. - TikTok

Wanita selamba pijak jalan baru diturap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Dua wanita di Indonesia menerima kecaman orang ramai apabila dirakam melalui sebatang jalan yang baru diturap dan masih belum kering, lapor portal berita Lambe Turah. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muscovyduck2 menunjukkan dua wanita terbabit berjalan dengan santai ketika melalui jalan yang masih dalam pembinaan.

Mereka meneruskan perjalanan tanpa menghiraukan bahan bancuhan jalan yang masih belum kering. 

Jalan tersebut dipenuhi kesan tapak kasut setelah dilalui dua wanita itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 242,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Manusia jenis tidak menghormati orang lain,” kata seorang netizen. 

“Apabila jalan rosak, minta diturap. Selepas diturap, dirosakkan pula,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI