fbpx
Qi Razali kini bergelar bapa selepas isterinya, Wardah Hayati selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Qi Razali timang anak pertama, nama klasik ‘Anggun Sumayyah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Qi Razali kini bergelar bapa selepas isterinya, Wardah Hayati selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.

Qi atau Qushairi Mohammed Razali, 49, yang menggelarkan dirinya sebagai ‘babah’ berkongsi berita gembira itu menerusi InstaStory.

“Assalamualaikum princess (puteri) babah,” tulisnya ringkas pada foto gambar bersama si kecil.

Begitupun, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-34 (FFM34) itu menutup wajah bayinya dengan emoji kartun.

Pada hantaran tersebut Qi dengan wajah gembira dan bangga tersenyum sambil mendukung erat anaknya itu.

Sementara itu, menerusi perkongsian isterinya pula, mereka sepakat menamakan permata hati sebagai Anggun Sumayyah.

Pada perkongsian sama, jurusolek itu turut berkongsi tarikh kelahiran buah cinta mereka iaitu pada 23 Januari lalu.

Menerusi carian, nama pilihan pasangan terbabit mempunyai maksud cantik serta kebanggaan.

Sebelum ini, aktor berkenaan dalam satu wawancara pernah memaklumkan dia dan isteri memilih nama klasik buat zuriat mereka.

Terdahulu, pelakon filem Babah itu mendirikan rumah tangga dengan Wardah pada 25 Mei 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI