fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di 6 negeri hingga 1 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri sehingga pukul 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Kelantan, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kuala Krai dan Gua Musang. Bagi Terengganu, ia melibatkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Kuantan, Pekan serta Rompin.

Di Johor pula, kawasan terlibat ialah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi, manakala di Sarawak, amaran dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan dan Mukah.

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Pantai Barat (Ranau), Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN