fbpx
VINICIUS meledak gol tunggal perlawanan ketika Real merekodkan kemenangan ke atas Benfica awal pagi semalam. - AFP

UCL: Misi lunas dendam sempurna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LISBON – Pemain sensasi Real Madrid, Vinicius Jr mencetuskan drama baharu sehingga menyaksikan aksi playoff pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Benfica dihentikan hampir 11 minit kerana isu perkauman.

Pada perlawanan di Stadium da Luz itu, Jr memaklumkan kepada pengadil, Francois Letexier bahawa dia dipanggil ‘mono’ (perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud monyet) oleh pemain sayap Benfica, Gianluca Prestianni selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan pada awal babak kedua.

Pengendali The Galacticos, Alvaro Arbeloa tampil mempertahankan pemain antarabangsa Brazil itu sambil menegaskan pendirian tegas kelab terhadap isu perkauman.

“Tanya pemain Benfica apa yang dia katakan kepada Vinicius kerana semua peminat berhak tahu. Kami tidak akan bertoleransi dengan isu perkauman terutama apabila kita sudah masuk tahun 2026.

“Mengenai Vinicius, saya percaya sahaja apa yang dia beritahu kepada kami. Saya tidak fikir dia akan mereka-reka cerita seperti itu. Kemudian, saya hanya tanya sama ada dia mahu terus bermain dan apa sahaja keputusan, saya akan sokong dia,” katanya.

Sementara itu, pertahanan England, Trent Alexander-Arnold menyifatkan insiden terhadap rakan sepasukannya itu sebagai memalukan dunia bola sepak.

“Apa yang berlaku malam ini telah mencemarkan perlawanan yang hebat antara kedua pasukan. Tiada tempat untuk isu perkauman seperti ini dalam bola sepak atau masyarakat,” katanya. – AGENSI19

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN