fbpx
Penduduk setempat menggayakan pakaian tradisional klasik bagi memeriahkan 'mantai' tahun ini.

Mantai N. Sembilan meriah, penduduk ‘sporting’ berkain batik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Aktiviti ‘mantai’ yang menjadi tradisi masyarakat di Negeri Sembilan disambut meriah hari ini apabila penduduk kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Pinggiran Senawang di sini memilih tema  tradisional klasik ketika aktiviti gotong-royong.

Lebih meriah, aktiviti lelongan organ seperti tulang, ekor, hati dan kepala lembu turut diadakan dan dijual pada harga serendah RM8.

Pengerusi KRT Taman Pinggiran Senawang, Fadzil Sharif, 59, berkata, menjadi acara wajib bagi penduduk sejak empat tahun lalu untuk mengadakan mantai setiap kali menyambut ketibaan Ramadan.

“Kebanyakan di negeri lain, mereka mengadakan mantai untuk menyambut Aidilfitri, tetapi di Negeri Sembilan sedikit berbeza kerana kita buat mantai menyambut Ramadan. Ia bukan sekadar aktiviti melapah daging, tetapi lebih kepada permuafakatan penduduk.

“Tahun ini kita menerima tempahan sebanyak 140 kilogram (kg) daging selepas tempahan dibuka sebulan sebelum Ramadan. Daging ini dibeli di Rembau dan dilapah secara bergotong-royong di pondok KRT supaya penduduk dapat merasai suasana mantai,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Fadzil, kali ini, mereka membuat kelainan apabila memilih tema tradisonal klasik dan tidak menyangka penduduk begitu ‘sporting’ apabila memakai baju kurung dan berkain batik bagi wanita, manakala lelaki pula berkain pelekat.

Sementara itu, seorang penduduk, Zaharudin Kasim, 72, yang berasal dari Kuala Pilah memuji usaha KRT Taman Pinggiran Senawang dalam meneruskan tradisi mantai supaya dapat dilakukan oleh generasi akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN