fbpx
KELUARGA mangsa yang berada di Perkarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan hari ini.

Kes 5 dibunuh: Tiga mangsa lagi selesai dibedah siasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUANTAN – Suasana pilu menyelubungi pekarangan Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang dihadiri keluarga mangsa kes pembunuhan tragis di sebuah rumah di Taman Cerating Damai di sini.

Keluarga mangsa dilihat mula datang ke unit forensik pada awal pagi sebelum beredar ke lokasi lain sementara menunggu proses bedah siasat tamat.

Keluarga mangsa yang mula kelihatan berkumpul semula di beberapa kawasan berhampiran perkarangan unit Forensik pada pukul 10 pagi bagaimanapun enggan ditemuramah.

Difahamkan proses bedah siasat melibatkan tiga lagi mangsa iaitu dua anak suspek iaitu Nur Saffiyah Humairah,5, dan Nur Sumayyah Humairah,3, serta ibu suspek, Tuan Kamaria Tuan Puteh,55, siap kira-kira pukul 2 petang dan hanya menunggu proses dokumentasi.

Semalam proses bedah siasat terhadap suspek yang berusia 32 tahun dan isterinya, Nurul Asshiyikin Kamaruzaman,33, siap dilakukan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Dalam pada itu kesemua mangsa dijadual dibawa ke Masjid Cherating untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherating di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI