fbpx
Gambar hiasan.

PDRM umum 9 pertukaran pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan sembilan pegawai kanan yang akan berkuat kuasa mulai 16 Mac ini.

Setiausaha PDRM, Deputi Komisioner Abdul Rahman Kassim berkata, pertukaran melibatkan Datuk Azman Abd Razak yang kini menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah E8 Cawangan Khas, Bukit Aman, dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas I, Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof pula yang sebelum ini Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman, dilantik sebagai Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.

Sementara itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hoo Chuan Huat yang memegang jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP).

Asisten Komisioner (ACP) Fauzi Mohd. Yusof, Penolong Pengarah (D3) Risikan/Operasi ATIPSOM, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dilantik sebagai Ketua Kawalan dan Perlindungan Sempadan Bukit Kayu Hitam, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dengan memangku pangkat SAC.

Dalam senarai sama, ACP Lee King Chuan yang kini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Perak, turut terlibat dalam pertukaran berkenaan.

Diikuti Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Johor, ACP Mohd. Zairi Badderul @ Badrol, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Zaihairul Idrus serta Ketua Penolong Pengarah (Risikan), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, ACP Amran Md Jusin dengan kesemua mereka memangku pangkat SAC.

Turut terlibat ialah Superintendan Chua Kok Lian yang sebelum ini Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur, dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Hilir Perak dengan memangku pangkat ACP. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN