PARIS – Penginapan paling lama di hotel yang direkodkan adalah selama 67 tahun di Grand Hotel, Paris, lapor sebuah laman berita.
Pencapaian luar biasa itu dilakukan oleh seorang lelaki dikenali sebagai Jean Le Bon.
Selama hampir tujuh dekad, dia menetap di hotel berkenaan dan menjadi saksi kepada perubahan yang berlaku di ibu kota Perancis itu.
Le Bon yang bekerja sebagai seorang jurujual, tiba di Paris dan mendaftar masuk di Grand Hotel pada tahun 1957.
Dia pada mulanya ingin menginap di hotel berkenaan selama beberapa hari sahaja.
Namun, Le Bon terpikat dengan hospitaliti hotel termasuk perkhidmatan mengemas bilik serta persekitaran yang tenang dan selesa.
Hari silih berganti, bertukar menjadi tahun dan selama 67 tahun, lelaki tersebut terus tinggal di Grand Hotel.
Dia hanya mendaftar keluar pada tahun 2024. Sepanjang tempoh penginapan yang begitu panjang, dia membayar bil penginapan mencecah AS$2.5 juta(RM9.75 juta). – AGENSI












