PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa lokasi utama lebuh raya seluruh negara, termasuk di Lebuh Raya Utara-Selatan, susulan kemalangan dan keadaan cuaca hujan pagi ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, kesesakan dikesan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang akibat kemalangan lintas tengah (crossbound) di Kilometer 443.4 arah selatan, yang menyebabkan lorong tengah dan kanan ditutup.
Menurut LLM, aliran trafik arah selatan turut terjejas dari Sungai Buaya ke Rawang susulan insiden sama di lokasi berkenaan dengan penutupan dua lorong utama.
Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan di Tambak Johor arah utara dari Woodlands ke Johor Bahru.
LLM menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dengan teliti, memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, sentiasa berwaspada terhadap sebarang halangan di lorong serta mematuhi had laju dan jarak selamat. – KOSMO! ONLINE














