fbpx
Gambar hiasan

Zakat fitrah di Kelantan RM10, naik RM2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah sebanyak RM10 bagi tahun ini berbanding RM8 untuk tahun lalu.

Yang Dipertuanya, Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, bagaimanapun, mana-mana individu yang ingin membuat bayaran zakat fitrah sebanyak RM22 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Menurutnya, kadar nisab zakat harta bagi negeri Kelantan pada tahun ini pula sebanyak RM37,401 untuk haul antara Ramadan tahun 1447 Hijrah hingga Ramadan 1448 Hijrah.

“Jumlah ketetapan kadar zakat fitrah dan harta itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

“Pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan Kaunter Baitulmal di masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal Maik di zakat.e -maik.my.

“Maik mengharapkan kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan tersebut. Bersama-sama kita menghidupkan Ramadan 1447 Hijrah dengan amalan soleh dan tanggungjawab berzakat seperti difardukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan rekod, bayaran zakat fitrah di Kelantan bagi 2025 ditetapkan sebanyak RM8, RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan adalah digalakkan.

Sebelum ini, Maik menetap bayaran zakat fitrah sebanyak RM7. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI