fbpx
Gambar hiasan

Wanita mati dijerut di kebun pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LANGAT – Seorang wanita warga Indonesia ditemukan maut dengan kesan jerutan di kawasan sebuah kebun pisang di sekitar Banting di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam berhubung penemuan mayat mangsa berusia 30-an itu, kira-kira pukul 11.07 pagi.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kesan jerutan pada leher wanita itu yang menimbulkan syak berlaku perbuatan jenayah.

“Risikan dan siasatan lanjut polis mendapati kes itu dipercayai melibatkan dua lelaki warga Indonesia yang bekerja sebagai tukang kebun.

“Kedua-dua suspek berusia 30 hingga 50-an itu berjaya ditahan kurang daripada 24 jam bagi membantu siasatan,” katanya malam ini.

Tambah Akmalrizal, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil menyalurkannya kepada Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN